Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

20 Gro Ditahan

Published: 13 Jun 2014 5.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 20 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing ditahan pihak polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah pusat hiburan karaoke di Sitiawan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/20-gro-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:54 MYT

IPOH 14 Mei - Seramai 20 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing ditahan pihak polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah pusat hiburan karaoke di Sitiawan malam tadi.

Mereka yang ditahan masing-masing terdiri daripada 17 GRO wanita warga Vietnam dan tiga lagi rakyat China.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Dato' Mohd. Dzuraidi Ibrahim, kesemua mereka berusia antara 19 hingga 43 tahun.

"Seramai 14 pelanggan pusat hiburan yang datang berhibur seawal pukul 8 malam itu juga turut diperiksa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Dzuraidi berkata, ketika diserbu, ada di antara GRO terbabit yang cuba melarikan diri namun berjaya dihalang oleh pihak polis.

"Terdapat GRO cuba melarikan diri melalui tangga sempit bahagian belakang pusat hiburan berkenaan dan cuba menyorok di celah tangki air di bahagian bumbung. Namun kepantasan polis menahan mereka menggagalkan usaha wanita itu," katanya.

Mohd. Dzuraidi berkata, kejayaan terbaru dalam serbuan 'Ops Noda' ini adalah atas maklumat orang awam.

Bertindak daripada maklumat diterima, katanya, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) telah melakukan serbuan tersebut.

Serbuan diketuai Asisten Superintenden Mohamad Sani Mat Ali dan turut menahan pengurus pusat hiburan terbabit, seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun.

Polis sentiasa meningkatkan risikan serta serbuan bagi membendung kegiatan ini, katanya.

Kesemua GRO terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63, ujar beliau.

ArticlePublished 13 Jun 2014 5.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM