Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

20 000 Liter Minyak Diesel Bernilai Rm34 000 Dirampas

Published: 11 Feb 2015 2.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching, 11 Feb – Dua lelaki warganegara Indonesia ditahan bersama 20,000 liter minyak diesel oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima semasa menjalankan tugas Op Pensura di kawasan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Bintawa, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/20-000-liter-minyak-diesel-bernilai-rm34-000-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:24 MYT
Kuching, 11 Feb – Dua lelaki warganegara Indonesia ditahan bersama 20,000 liter minyak diesel oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima semasa menjalankan tugas Op Pensura di kawasan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Bintawa, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, semasa pemeriksaan polis ke atas sebuah kapal, ia didapati telah membawa sejumlah 20,000 liter muatan minyak diesel bernilai RM34,000 yang disimpan di dalam petak ikan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mereka gagal menunjukkan dokumen pemilikan minyak yang dibawa manakala dua daripada tiga kru kapal berkenaan tidak mempunyai sebarang permit kerja yang sah.

“Turut dirampas sebuah kapal ikan kelas C bernilai RM170,000,” terang beliau.

Kesemua barang rampasan kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Lima untuk diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuching manakala dua warga asing tersebut ditahan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen.

20 000 Liter Minyak Diesel Bernilai Rm34 000 Dirampas
ArticlePublished 11 Feb 2015 2.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM