2 Pengedar Dadah Sasar Remaja Dicekup

KLUANG:
Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah
ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di
sini, kelmarin.
Dalam
serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian
Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek
pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini. Ketua Polis
Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda
berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan
diri, namun gagal.