Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2 Nelayan Warga Asing Berjaya Ditahan Marin Selangor

Diterbitkan: 13 Apr 2015 12.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Selangor, 10 April – Dua nelayan warga asing berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di sekitar kawasan Laut Jeram, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2-nelayan-warga-asing-berjaya-ditahan-marin-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:01 MYT

Kuala Selangor, 10 April – Dua nelayan warga asing berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di sekitar kawasan Laut Jeram, hari ini.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Yusof Abdullah berkata penahanan dilakukan ketika suspek sedang menjalankan aktiviti menangkap udang menggunakan pukat apolo.

"Pemeriksaan lanjut dijalankan terhadap suspek dan mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Kesemua mereka ditahan dan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/63 (Pin. 2002)
2 Nelayan Warga Asing Berjaya Ditahan Marin Selangor

ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2015 12.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM