Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2 445 Individu Ditahan Menerusi Ops Cantas Khas Di Johor

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Polis menahan 2,445 individu di seluruh negeri Johor menerusi Ops Cantas Khas sejak pelancaran 17 Ogos lepas sehingga kini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2-445-individu-ditahan-menerusi-ops-cantas-khas-di-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:00 MYT

Polis menahan 2,445 individu di seluruh negeri Johor menerusi Ops Cantas Khas sejak pelancaran 17 Ogos lepas sehingga kini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata mereka merupakan sebahagian daripada 120,320 individu yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.

"Daripada 2,445 individu terbabit, 1,394 ialah Melayu, 445 Cina, 301 India manakala 305 lagi lain-lain kaum," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.


Beliau berkata 747 daripada mereka sudah dituduh di mahkamah dengan 430 orang menghadapi pertuduhan jenayah manakala 317 lagi berkaitan narkotik. Katanya enam senjata api tiruan, tiga senapang angin, sepucuk pistol serta 121 senjata lain termasuk pedang samurai, pisau, kapak, gergaji, besi tajam dan buku lima turut dirampas menerusi operasi itu.

"Polis turut memeriksa 68,834 kenderaan pelbagai jenis dalam tempoh operasi terbabit dan hasilnya sebanyak 157 kenderaan bersabit laporan kehilangan telah dirampas yang melibatkan 87 motosikal, kereta (62), lori (5) manakala van (3)," katanya.
 
2 445 Individu Ditahan Menerusi Ops Cantas Khas Di Johor
2 445 Individu Ditahan Menerusi Ops Cantas Khas Di Johor
2 445 Individu Ditahan Menerusi Ops Cantas Khas Di Johor
2 445 Individu Ditahan Menerusi Ops Cantas Khas Di Johor
2 445 Individu Ditahan Menerusi Ops Cantas Khas Di Johor

Sumber : BERNAMA
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM