2 445 Individu Ditahan Menerusi Ops Cantas Khas Di Johor
Polis menahan 2,445 individu di seluruh negeri Johor menerusi Ops Cantas Khas sejak pelancaran 17 Ogos lepas sehingga kini.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata mereka merupakan sebahagian daripada 120,320 individu yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.
"Daripada
2,445 individu terbabit, 1,394 ialah Melayu, 445 Cina, 301 India
manakala 305 lagi lain-lain kaum," katanya kepada pemberita di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau
berkata 747 daripada mereka sudah dituduh di mahkamah dengan 430 orang
menghadapi pertuduhan jenayah manakala 317 lagi berkaitan narkotik.
Katanya enam senjata api tiruan, tiga senapang angin, sepucuk pistol
serta 121 senjata lain termasuk pedang samurai, pisau, kapak, gergaji,
besi tajam dan buku lima turut dirampas menerusi operasi itu.
"Polis turut memeriksa 68,834 kenderaan pelbagai jenis dalam tempoh operasi terbabit dan hasilnya sebanyak 157 kenderaan bersabit laporan kehilangan telah dirampas yang melibatkan 87 motosikal, kereta (62), lori (5) manakala van (3)," katanya.





Sumber : BERNAMA
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor