Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2 000 Kayu Balak Ditebang Secara Haram Dirampas

Diterbitkan: 20 Nov 2014 1.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sarikei, 19 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi berjaya membongkar kegiatan pembalakan haram dan kali ini di kawasan Loba Lepah Paloh, Batang Rejang di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2-000-kayu-balak-ditebang-secara-haram-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:39 MYT

Sarikei, 19 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi berjaya membongkar kegiatan pembalakan haram dan kali ini di kawasan Loba Lepah Paloh, Batang Rejang di sini, hari ini. 

Dalam operasi pukul 11 pagi itu, sepasukan empat anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, menemukan 2,000 batang kayu balak pelbagai jenis yang dipercayai ditebang secara haram, dianggarkan bernilai RM202,500. 

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Kalai Chelvan berkata, longgokan kayu balak itu dijumpai anggotanya semasa menjalankan Ops Pensura di Sungai Batang Rejang dengan menaiki sebuah bot jenis PAC 769. 

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua kayu balak yang sudah siap disusun itu dipercayai dalam proses mahu diangkut dan dijual di tepi sungai berkenaan. 

Sumber: Utusan Malaysia

2 000 Kayu Balak Ditebang Secara Haram Dirampas
 
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2014 1.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM