Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

1st Asean Civil Service Games 2015 Malaysia Juara Final Badminton

Published: 19 Nov 2015 1.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Terdahulu, dalam perlawanan tersebut telah menyaksikan wakil perseorangan Malaysia, Wong Choon Han menumpaskan Indonesia Kikin Sodikin dengan 21-10 dan 21-8 sementara perseorangan wanita negara, Yang Yi Lian mengatasi Yuli Marfuah dengan 21-9 dan 21-5.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1st-asean-civil-service-games-2015-malaysia-juara-final-badminton
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:52 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Rahim bin Othman Siru

Cheras, 18 Nov – Pasukan tuan rumah, Malaysia melakar sejarah menjadi johan acara badminton setelah menewaskan pasukan dari negara Indonesia 3-1 dalam pertandingan akhir Kejohanan Badminton 1st Asean Civil Sevice Games 2015 yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras, semalam.

Dalam acara yang julung-julung kalinya di adakan itu, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) bagi mengelolakan Kejohanan Badminton 1st Asean Civil Sevice Games 2015 yang telahpun bermula 16 November lalu.

Terdahulu, dalam perlawanan tersebut telah menyaksikan wakil perseorangan Malaysia, Wong Choon Han menumpaskan Indonesia Kikin Sodikin dengan 21-10 dan 21-8 sementara perseorangan wanita negara, Yang Yi Lian mengatasi Yuli Marfuah dengan 21-9 dan 21-5.

Dalam pada itu, bagi ketegori bergu lelaki negara SM Lau Boon Luang dan Soh Gun Chup tumpas di tangan Didin Rahmat dan Tatang Abdullah dengan keputusan 10-21 serta 5-21 sementara bergu negara wanita negara, Chong Sook Chin bersama Lim Yin Loo berjaya menundukkan pasangan Puti Yulian Safitri dan Rita Kristiane Sp dengan 21-11, 21-7.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah diiringi oleh Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, YB Ahmad Faedzal Md. Ramli.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi) Bukit Aman, ACP N. Murtaza N. Mahmud dan Setiausaha Majlis Sukan PDRM, DSP Hasla Bachok.

1st Asean Civil Service Games 2015 Malaysia Juara Final Badminton
Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan

ArticlePublished 19 Nov 2015 1.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM