Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
1malaysia Privilege Card meupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 atau National Blue Ocean Strategy (NBOS 6) yang memperlihatkan usahasama antara tiga kementerian iaitu Kementeria..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1malaysia-privilege-card-ringankan-beban-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:54 MYT

Oleh:    L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

PUTRAJAYA, 7 Ogos -  YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini melancarkan 1Malaysia Privilege Card yang telah berlangsung di Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Centre (PICC) sebagai satu usaha kerajaan memperluaskan konsep 1Malaysia untuk meringankan perbelanjaan rakyat amnya dan para pegawai dan anggota Polis dan Tentera khasnya yang banyak menabur jasa serta bakti menjaga keselamatan dan keamanan demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat di Negara ini.

1Malaysia Privilege Card merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 atau National Blue Ocean Strategy (NBOS 6) yang memperlihatkan usahasama antara tiga kementerian iaitu Kementerian Kewangan sebagai peneraju, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Melalui program 1Malaysia Privilege Card ini, kira-kira 241,000 orang pegawai dan anggota Polis dan Tentera yang sedang berkhidmat akan dapat menikmati diskaun dan potongan harga yang disediakan apabila berbelanja di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

1Malaysia Privilege Card boleh digunakan dalam perbelanjaan barangan keperluan harian, alatan sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan serta beberapa kategori barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang terlibat.

Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian dan bulanan para pegawai dan anggota Polis dan Tentera berkenaan.

Senarai syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program 1Malaysia Privilege Card akan diedarkan bersama kad tersebut dan sebarang tawaran diskaun terbaru dari semasa ke semasa akan dikemaskini melalui portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my yang dilancarkan juga pada hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kad berkenaan dan lain-lain maklumat berkaitan boleh dicapai dengan melayari portal tersebut. Portal ini akan memudahkan para pengguna merujuk dan mendapatkan maklumat mengenai tawaran-tawaran berkaitan dan memudahkan syarikat-syarikat yang mewar-warkan barangan dan perkhidmatan yang diberikan.

Pelangan program 1Malaysia Privilege Card ini merupakan satu lagi janji yang ditepati oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Usaha ini menunjukkan komitmen dan keseriusan kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia di mana kepentingan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua, YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara  YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta Pegawai Tinggi ATM dan tetamu-tetamu jemputan.

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyambut  ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Gabungan Koir PDRM dan ATM

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Antara barisan kehormat

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Pengacara majlis ketika menyampaikan kata-kata aluan

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua ketika menyampaikan ucapan

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika memberi ucapan serta merasmikan majlis tersebut 

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempat berkongsi pendapat

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Antara gimik pelancaran

Gimik pelancaran perasmian

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Gimik pelancaran perasmian

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Barisan kehormat

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Sekitar program yang dijalankan

Gabugan Kombo PDRM dan ATM

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Antara yang hadir

1malaysia Privilege Card Ringankan Beban Warga Pdrm
Antara yang hadir

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM