Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

19 Pegawai Kanan Polis Dinaikkan Pangkat

Diterbitkan: 23 Mar 2017 2.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 19 orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dinaikkan pangkat pada 16 Mac lalu diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/19-pegawai-kanan-polis-dinaikkan-pangkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:46 MYT

Bukit Aman, 24 Mac 2017 – Seramai 19 orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dinaikkan pangkat pada 16 Mac lalu diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, pagi tadi.

Berucap dalam majlis itu, Tan Sri Khalid berharap agar kenaikan pangkat ini menjadi satu amanah dan tanggungjawab baru yang perlu dipikul oleh setiap pegawai yang terlibat demi memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada masyarakat.

Mendahului senarai penerima pangkat adalah Dato’ Rosli Ab Rahman dianugerahkan pangkat Commissioner of Police (CP) diikuti empat pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Deputy Commissioner of Police (DCP), lapan pegawai ke pangkat Senior Assistant Commissioner of Police (SAC) dan enam pegawai dimajukan ke pangkat Assistant Commissioner of Police (ACP).

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

19 Pegawai Kanan Polis Dinaikkan Pangkat
Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir..

19 Pegawai Kanan Polis Dinaikkan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat..

19 Pegawai Kanan Polis Dinaikkan Pangkat
Sekitar majlis pemakaian pangkat..

19 Pegawai Kanan Polis Dinaikkan PangkatSesi bergambar kenangan Ketua Polis Negara bersama Pegawai-pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat..




ArtikelDiterbitkan 23 Mar 2017 2.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM