Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

19 Pati Warga Indonesia Ditahan Cuba Masuk Negara Secara Haram

Diterbitkan: 19 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan di kawasan kebun kelapa sawit, dekat Hutan Pantai Pasir Logok di sini, dipercayai sedang menunggu tekong darat awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/19-pati-warga-indonesia-ditahan-cuba-masuk-negara-secara-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:02 MYT

 

Kota Tinggi, 19 Okt - Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan di kawasan kebun kelapa sawit, dekat Hutan Pantai Pasir Logok di sini, dipercayai sedang menunggu tekong darat awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan 11 wanita dipercayai baru mendarat pada pukul 1.35 pagi.

Kesemua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan mengakui baru sahaja mendarat di kawasan pantai berdekatan, katanya.

Rahmat berkata kesemua PATI itu kemudian dibawa ke Balai Polis Kuala Sedili untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.

Menurutnya seorang lagi lelaki warga Indonesia ditahan ketika berjalan kaki berhampiran Pos Felsco, Jalan Tenggaroh Selatan, Kuala Sedili pada pukul 6.20 pagi.

"Lelaki itu juga gagal mengemukakan pengenalan diri dan mengakui baru mendarat di pantai," kata Rahmat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Kesemua mereka ditahan reman selama dua minggu untuk siasatan lanjut.

Dalam kes berasingan Jumaat lepas, seramai 14 PATI warga Indonesia terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam serbuan ke atas rumah pekerja di Blok 5, Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar dekat sini.

Mereka turut ditahan reman dua minggu untuk siasatan lanjut, kata Rahmat.

Turut ditahan, seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun, yang dipercayai tekong.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). - BERNAMA


ArtikelDiterbitkan 19 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM