Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

180 Anggota Polis Terlibat Gali Kubur Mangsa Di Lubuk Sireh

Diterbitkan: 04 Jun 2015 7.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kangar, 4 Jun- Sebanyak 180 anggota polis terlibat dalam operasi menggali kubur fasa kedua mangsa sindiket pemerdagangan manusia di kem transit Lubuk Sireh bermula hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/180-anggota-polis-terlibat-gali-kubur-mangsa-di-lubuk-sireh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT

Kangar, 4 Jun- Sebanyak 180 anggota polis terlibat dalam operasi menggali kubur fasa kedua mangsa sindiket pemerdagangan manusia di kem transit Lubuk Sireh bermula hari ini.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata antara yang terlibat dalam operasi itu terdiri daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), forensik dan pasukan siasatan.

"Seramai 180 anggota terlibat dalam operasi fasa kedua ini dan bertolak pukul 8.30 pagi tadi. Mereka akan masuk melalui dua pintu iaitu di Wang Kelian dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Padang Besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengenai laluan yang akan digunakan bagi menurunkan mayat tersebut, Shafie berkata keputusan itu belum diputuskan sama ada menggunakan laluan darat atau helikopter.

Beliau berkata pasukan polis Malaysia diberi tempoh lima hari sehingga 8 Jun untuk menggunakan laluan Thailand bagi operasi menggali kubur fasa kedua dan kerja menggali harus diselesaikan sebelum itu.

Kem transit kedua yang terbesar dijumpai di kawasan hutan simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh, terletak kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand dan sebanyak 91 kubur dikenal pasti berdekatan kawasan tersebut.

Tempoh perjalanan menggunakan laluan di Ban Talok, Thailand mengambil masa kira-kira satu jam kerana kawasannya tidak securam di laluan Wang Kelian yang mengambil masa lebih dua jam.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 04 Jun 2015 7.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM