Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

17 Pelajar Terlibat Jenayah Ditahan Bagi Jan Mac

Published: 07 Apr 2015 5.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Baharu, 6 April - Sebanyak 17 pelajar ditahan di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam pelbagai jenayah, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/17-pelajar-terlibat-jenayah-ditahan-bagi-jan-mac
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 09:41 MYT

Kota Baharu, 6 April - Sebanyak 17 pelajar ditahan di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam pelbagai jenayah, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata pihak polis sentiasa mengadakan program bagi memberi kesedaran kepada pelajar supaya mereka membenci jenayah.

"Memang ada pelajar yang jadi 'hardcore', kami tidak mahu (pelajar) yang lain ikut dan kami kena beri kesedaran supaya mereka benci perkara yang tidak elok," katanya dan menurutnya pembabitan pelajar di negeri ini dalam kegiatan jenayah masih terkawal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Dan Kesedaran Jenayah Siri 1/2015 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, hari ini.

Program itu yang dihadiri 400 pelajar daripada beberapa buah sekolah di daerah ini. - BERNAMA

ArticlePublished 07 Apr 2015 5.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM