17 Pelajar Terlibat Jenayah Ditahan Bagi Jan Mac
Kota Baharu, 6 April - Sebanyak 17 pelajar ditahan di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam pelbagai jenayah, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
Beliau berkata pihak polis sentiasa mengadakan program bagi memberi kesedaran kepada pelajar supaya mereka membenci jenayah.
"Memang ada pelajar yang jadi 'hardcore', kami tidak mahu (pelajar) yang lain ikut dan kami kena beri kesedaran supaya mereka benci perkara yang tidak elok," katanya dan menurutnya pembabitan pelajar di negeri ini dalam kegiatan jenayah masih terkawal.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Dan Kesedaran Jenayah Siri 1/2015 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, hari ini.
Program itu yang dihadiri 400 pelajar daripada beberapa buah sekolah di daerah ini. - BERNAMA