Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

17 Gro Warga Asing Ditahan Di Ipoh Dalam Op Noda

Diterbitkan: 29 Apr 2017 1.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 29 April 2017 - Polis menahan 17 gadis warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Noda menerusi dua serbuan berasingan di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/17-gro-warga-asing-ditahan-di-ipoh-dalam-op-noda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:52 MYT

Ipoh, 29 April 2017 - Polis menahan 17 gadis warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Noda menerusi dua serbuan berasingan di sini semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, diketuai Inspektor Nuraini Abu Hassan, polis turut menahan dua lelaki warga tempatan yang masing-masing pemilik premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata dalam serbuan pertama di sebuah pusat hiburan di Taman Cempaka kira-kira 6.30 petang, seramai tiga wanita warga Vietnam ditahan.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan dan mereka ditahan di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, " katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Gan berkata dalam serbuan kedua di sebuah pusat urut kaki di Jalan Seenivagam pada 11.50 malam, seramai 11 wanita warga China dan tiga wanita warga Vietnam ditahan.

Gan berkata hasil pemeriksaan ke atas kesemua 17 wanita berkenaan yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun mendapati mereka tidak mempunyai permit kerja yang sah.

"Pemeriksaan juga mendapati hanya tujuh sahaja yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Gan berkata kesemua wanita berkenaan kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai pasport yang sah.

Tambahnya enam lelaki warga tempatan yang juga pelanggan di pusat urut kaki ditahan untuk membantu siasatan.

"Dua pemilik premis juga disiasat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 55B kerana menggaji pekerja asing tanpa pas dan permit yang sah," katanya.

-- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 29 Apr 2017 1.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM