Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

16 Penagih Ditahan Dalam Ops Sarang Di Besut

Published: 12 Mar 2015 5.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Besut, 12 Mac - Sebanyak 16 penagih ditahan dalam operasi 'Ops Sarang' yang dijalankan di Kerandang, Kampung Raja, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/16-penagih-ditahan-dalam-ops-sarang-di-besut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:48 MYT
Besut, 12 Mac - Sebanyak 16 penagih ditahan dalam operasi 'Ops Sarang' yang dijalankan di Kerandang, Kampung Raja, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata bertindak hasil maklumat orang ramai dan intipan, sepasukan polis terdiri daripada 19 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah bertindak menyerbu beberapa sarang 'Mat Gian' itu bermula 6 pagi hingga 2 petang.

"Hasil semakan dari data narkotik dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), suspek yang ditangkap semalam terdiri daripada enam Orang Kena Tangkap (OKT) manakala sembilan lagi mempunyai kes waran tangkap untuk pertuduhan di mahkamah serta seorang lagi tiada sebarang rekod lampau," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Khaled berkata daripada jumlah itu, enam suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu manakala 10 lagi akan direman dalam masa terdekat.

Menurutnya polis akan terus menggempur sarang penagih di daerah ini selaras dengan usaha pasukan keselamatan membanteras masalah pengedaran dan penagihan dadah yang menyumbang kepada kegiatan jenayah.- BERNAMA
ArticlePublished 12 Mar 2015 5.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM