Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

16 Lelaki Miliki Tatu Gengster Ditahan

Published: 18 Jun 2014 12.46 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Seramai 16 lelaki disyaki anggota kumpulan kongsi gelap Geng 08, Geng 36 dan Geng 77 ditahan di sekitar Lembang Klang menerusi operasi Ops Cantas Khas sejak 17 Ogos lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/16-lelaki-miliki-tatu-gengster-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:15 MYT

Seramai 16 lelaki disyaki anggota kumpulan kongsi gelap Geng 08, Geng 36 dan Geng 77 ditahan di sekitar Lembang Klang menerusi operasi Ops Cantas Khas sejak 17 Ogos lalu.

Pemeriksaan mendapati kesemua suspek berusia lingkungan 20 dan 30-an yang diberkas itu memiliki tatu dan lambang pertubuhan kongsi gelap yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki berketurunan India dan tiga Melayu diberkas di ibu Negara.

"Selain memiliki tatu, mereka yang ditahan turut terlibat dalam kes samun, memiliki senjata berbahaya dan melakukan hubungan seks luar tabii," katanya pada siding akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.

16 Lelaki Miliki Tatu Gengster Ditahan

SUMBER : KOSMO

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.46 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM