Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

15 Premis Judi Di Seri Kembangan Dan Subang Jaya Diserbu

Published: 14 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Datuk Rodwan Mohd Yusof berkata pihaknya merampas 138 mesin komputer, 52 komputer riba berserta wang tunai RM3,695 pada operasi berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/15-premis-judi-di-seri-kembangan-dan-subang-jaya-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:26 MYT

Kuala Lumpur, 14 Nov - Lapan penjaga premis dan 15 pelanggan di tujuh premis judi ditahan dalam serbuan Op Dadu di sekitar Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan, Selangor semalam.

Komander Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Datuk Rodwan Mohd Yusof berkata pihaknya merampas 138 mesin komputer, 52 komputer riba berserta wang tunai RM3,695 pada operasi berkenaan.

"Operasi Bersepadu dan Operasi Dadu Mesin Perjudian Komputer turut diadakan di daerah Subang Jaya dengan kekuatan 19 anggota dan pegawai Cawangan D7 Jabatan
Siasatan Jenayah IPK Selangor serta 21 anggota Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rodwan berkata hasil lapan serbuan dilakukan di premis judi di daerah itu, 175 unit komputer, enam unit modem berserta dua unit kunci mangga dirampas.

Kesemua premis disita dan dikenakan tindakan bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen MPSJ. - BERNAMA

ArticlePublished 14 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM