15 Lelaki Ditahan Dalam Ops Dadah Di Hulu Terengganu
Hulu
Terengganu, 11 Jan - Polis menahan 15 lelaki yang disyaki terbabit
dalam kesalahan dadah dalam operasi bersepadu di sekitar daerah ini yang
bermula malam tadi dan berakhir awal pagi ini.
Ketua
Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Ismail Muslim berkata antara yang
ditahan ialah lelaki berusia 50 tahun selepas polis menemui dua botol
serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dalam serbuan pukul 2 pagi di
sebuah pondok buruk di Kampung Langgar, Kuala Berang.
"Hasil
saringan awal air kencing suspek yang mempunyai empat anak dan seorang
cucu itu didapati positif dadah jenis morfin," katanya kepada pemberita
di sini hari ini.
Dalam
operasi itu, polis turut mengeluarkan 23 waran tangkap ke atas pesalah
lalu lintas dan memeriksa 138 kenderaan serta mengeluarkan tujuh saman
atas pelbagai kesalahan.
Operasi
trafik itu melibatkan sekatan jalan raya di simpang Felda Jerangau di
Jalan Dungun-Ajil, simpang Plaza Tol Ajil dan simpang Jeneris-Gawi dan
Sungai Tong.
Sumber : BERNAMA