Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

15 Individu Dalam Ops Cantas Khas Di Kuala Lumpur

Published: 19 Jun 2014 3.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 17 Mac - Polis Kuala Lumpur menahan 15 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/15-individu-dalam-ops-cantas-khas-di-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:50 MYT

Kuala Lumpur, 17 Mac - Polis Kuala Lumpur menahan 15 individu menerusi Ops Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata mereka ditahan kerana dipercayai melakukan samun berkawan, curi kenderaan, memiliki senjata berbahaya, ugutan jenayah dan lari dari pengawasan pusat pemulihan dadah.

Katanya mereka antara 593 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara sepanjang tempoh itu.

Sepanjang tempoh itu juga polis memeriksa 181 kenderaan, katanya.

15 Individu Dalam Ops Cantas Khas Di Kuala Lumpur
15 Individu Dalam Ops Cantas Khas Di Kuala Lumpur

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM