Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

140 Penagih Ditahan Dalam Op Sarang Di Tanjung Keling

Diterbitkan: 24 Apr 2015 3.29 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 24 April - Sebanyak 140 penagih termasuk dua wanita, dua warga asing dan seorang remaja ditahan dalam Op Sarang di sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Keling hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/140-penagih-ditahan-dalam-op-sarang-di-tanjung-keling
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:46 MYT


Melaka, 24 April - Sebanyak 140 penagih termasuk dua wanita, dua warga asing dan seorang remaja ditahan dalam Op Sarang di sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Keling hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kesemua mereka berusia antara 15 dan 75 tahun ditahan ketika menjalankan aktiviti jual beli dadah di ladang berkenaan.

"Daripada jumlah yang ditahan, dua daripadanya merupakan penjawat awam dan kesemua mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk ujian saringan.

"Remaja tersebut turut dibawa ke IPD Melaka Tengah dan jika didapati positif dadah kami akan menghubungi keluarganya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata operasi 10 jam bermula pukul 6 pagi itu melibatkan 29 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah.

Shaikh Abdul Adzis berkata operasi tersebut bertujuan memintas permintaan dadah agar pihak pembekal sukar mendapatkan pelanggan dan operasi seperti ini akan sentiasa dijalankan bagi mengekang permintaan dan aktiviti penjualan dadah.

Sementara itu dalam Op Dadu, beberapa buah kedai telekomunikasi di sekitar Melaka Tengah telah dikesan menjalankan aktiviti perjudian dengan menjual kad tambah nilai perjudian.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, ASP Azahar Abdul Rahim berkata penggunaan telefon pintar atau tablet dilihat lebih efisien oleh sindiket judi siber kerana ia mudah diakses di mana sahaja termasuk dalam kereta dan rumah.

"Polis telah menahan empat orang disyaki penjual kad tambah nilai di dua lokasi berasingan iaitu di Sungai Udang dan Duyong serta merampas 379 kad tambah nilai yang berharga antara RM20 sehingga RM100, sebuah tablet dan peralatan Internet," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi tersebut di Sungai Udang hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Judi Rumah Judi Terbuka 1953.

"Pihak sindiket akan memasukkan kata laluan di dalam telefon pintar atau tablet sebelum diberikan kepada pelanggan untuk berjudi dan pelanggan juga boleh berjudi di mana-mana sahaja dengan syarat memiliki talian Internet," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2015 3.29 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM