Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

14 Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Op Noda

Published: 09 Aug 2018 6.11 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Sebanyak 17 individu ditahan termasuk tiga lelaki warga tempatan dalam serbuan Op Noda di sebuah hotel di Seri Kembangan, Serdang, dekat sini awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/14-wanita-warga-asing-ditahan-dalam-op-noda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:45 MYT

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Sebanyak 17 individu ditahan termasuk tiga lelaki warga tempatan dalam serbuan Op Noda di sebuah hotel di Seri Kembangan, Serdang, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 pagi itu, pihaknya turut merampas barangan termasuk 18 keping kondom dan wang tunai berjumlah RM328.

Tangkapan wanita warga asing terdiri daripada enam warga Vietnam, dan masing-masing empat daripada Indonesia dan Thailand.

“Kesemua yang ditahan akan direman pagi ini untuk disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang, dekat sini hari ini.

Bacaan lanjut di http://m.utusan.com.my/…/video-14-wanita-warga-asing-ditaha…

ArticlePublished 09 Aug 2018 6.11 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM