Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

14 Kaki Judi Ditahan Di Ladang Kelapa Sawit

Diterbitkan: 09 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 14 individu termasuk lapan wanita yang leka bermain judi dadu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Mantus, Pitas semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/14-kaki-judi-ditahan-di-ladang-kelapa-sawit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:21 MYT

Kota Kinabalu, 9 Okt - Polis menahan 14 individu termasuk lapan wanita yang leka bermain judi dadu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Mantus, Pitas semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Mohd Isa Yusof berkata individu berkenaan berumur lingkungan 37 hingga 63 tahun dan merupakan warga tempatan.

"Turut dirampas ialah wang tunai bernilai RM4,090 dan peralatan judi," katanya dalam satu kenyataan.

Namun menurutnya, terdapat kaki judi yang berjaya melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 09 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM