Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

14 Individu Lagi Ditahan Disyaki Terlibat Kumpulan Militan Daesh Polis

Published: 21 May 2016 10.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Kuala Lumpur, 21 Mei 2016 - Sebanyak 14 individu termasuk seorang wanita disyaki mempunyai kaitan dalam gerakan kumpulan militan Daesh ditahan polis dalam operasi pada Selasa lepas hingga semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/14-individu-lagi-ditahan-disyaki-terlibat-kumpulan-militan-daesh-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT
Kuala Lumpur, 21 Mei 2016 - Sebanyak 14 individu termasuk seorang wanita disyaki mempunyai kaitan dalam gerakan kumpulan militan Daesh ditahan polis dalam operasi pada Selasa lepas hingga semalam.

Operasi dijalankan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Perlis dan Johor susulan daripada tangkapan ke atas 15 suspek pada 22 hingga 24 Mac lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua 14 suspek yang ditahan itu merupakan warga tempatan berusia antara 22 hingga 49 tahun.

Beliau berkata tujuh daripada suspek itu bekerja di syarikat swasta, dua suspek bekerja sendiri, manakala selebihnya bekerja sebagai mekanik, buruh, pelayan pusat karaoke, pembantu makmal dan juruteknik pesawat.

 Beliau berkata lapan suspek yang ditahan di Kuala Lumpur, Perlis, Perak, Selangor dan Johor disyaki terlibat dalam menyalurkan dana kepada kumpulan pengganas Daesh di Syria dan kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

"Kesemua mereka mempunyai hubungan dengan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi,
iaitu anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria yang aktif merekrut anggota-anggota baharu Daesh di Malaysia dan mengancam membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pegawai tertinggi polis," katanya.

Menurutnya, seorang daripada lapan suspek itu merupakan ahli keluarga Muhammad Wanndy yang disyaki menggunakan akaun banknya bagi mengumpul dana untuk
disalurkan kepada kumpulan pengganas Daesh di Syria.

Selain itu, Noor Rashid berkata dua lagi suspek yang ditahan di Kuala Lumpur dan Selangor disyaki menggunakan akaun Facebook bagi mempromosikan kumpulan
Daesh manakala seorang daripadanya menjadikan rumah beliau sebagai tempat
mengadakan usrah bagi mempromosikan perjuangan kumpulan Daesh.

"Dua suspek lain yang ditahan di Selangor pula merancang menyusup masuk ke Syria untuk menyertai kumpulan Daesh pada Julai dan Ogos tahun lepas," katanya.

Tambahnya, seorang daripada suspek yang ditahan disyaki aktif mempromosikan kumpulan Daesh manakala suspek wanita bekerja sebagai pelayan pusat karaoke yang
ditahan di ibu negara disyaki merancang menyertai kumpulan Daesh di Syria.

Katanya, kesemua suspek itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).- BERNAMA
ArticlePublished 21 May 2016 10.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM