Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

14 345 Hari Menabur Bakti Dan Jasa Kepada Pasukan Dan Negara

Published: 11 Jun 2014 2.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail, individu yang cukup sinonim dengan PDRM, dikenali bukan hanya kerana jawatan yang pernah disandangnya sebelum ini, tapi kerana kesediaannya mencurahkan keringat, j
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/14-345-hari-menabur-bakti-dan-jasa-kepada-pasukan-dan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:49 MYT

"Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas dan malam ini tibalah masanya untuk majlis perpisahan saya dalam pasukan setelah berkhidmat selama 14,345 hari atau 39 tahun 4 bulan" - Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail.


Petaling Jaya, 15 April 2011
 - Berundurnya seorang 'pahlawan' dalam Organisasi PDRM dengan meninggalkan segala suka-duka dan memori yang akan terpahat dalam setiap jiwa warga PDRM khasnya.


Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail, individu yang cukup sinonim dengan PDRM, dikenali bukan hanya kerana jawatan yang pernah disandangnya sebelum ini, tapi kerana kesediaannya mencurahkan keringat, jasa dan bakti kepada nusa, bangsa dan negara tanpa mengharapkan sebarang balasan, juga kerana bibir beliau tidak pernah lekang daripada isu-isu penambahbaikan serta cara-cara memperkasakan pasukan PDRM pada masa kini.


Diakui sendiri oleh YDH Ketua Polis Negara, dengan cetusan buah fikirannya yang kreatif, inovatif lagi berfaedah, gandingan mantap mereka telah berjaya membuahkan ilham, mencorakkan dasar, merangka rancangan, mengurus pelaksanaan dan seterusnya membuat pemantauan yang terperinci bagi memastikan PDRM mengorak langkah maju ke hadapan dalam mengharungi cabaran semasa.


Di sebalik karekternya yang mesra, Y.Bhg Datuk Hussin juga merupakan tokoh yang amat mementingkan kualiti kekeluargaan dan gaya hidup yang sihat di mana mengikut kepercayaannya, keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dalam menjamin kesejahteraan pasukan.


"Pada malam ini, saya berasa megah dan bersyukur untuk menyatakan bahawa pilihan saya untuk menyertai pasukan polis adalah satu hikmah yang telah ditakdirkan dan amat menghargai segala pengalaman yang dilalui sepanjang hayat perkhidmatan saya dalam PDRM di mana setiap satunya adalah unik dan telah menambah nilai kepada diri saya serta tiada harga dapat ditetapkan untuk menilai pengalaman yang saya lalui," ucapnya semasa Majlis Dining Out 'A Knight To Remember' di Hotel One World, Petaling Jaya sempena meraikan persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara hari ini.


Mantan Timbalan Ketua Polis Negara tersebut sebelumnya berkongsi rasa bersyukur kerana telah diberikan kekuatan, ketabahan dan kemampuan dalam memikul tanggungjawab dan amanah sehingga ke akhir perkhidmatannya.


Tambahnya lagi, beliau tidak dapat menafikan perasaannya yang bercampur-baur, suka, duka, pahit dan manis kerana telah berjaya menyeberangi arus perkhidmatan yang sangat mencabar, juga kerana merasa hiba kerana akan meninggalkan pasukan PDRM yang telah sebati dengan darah-daging beliau.


Dalam pada itu juga, beliau berasa teruja untuk memulakan alam kehidupan baru di samping keluarga sebagai seorang pesara dan melihatnya sebagai titik permulaan ke arah kehidupan dengan cabaran dan pengalaman yang baru.


Majlis yang diraikan dengan penuh istiadat ini turut dihadiri YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri, YDH Dato' Mohammad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dining Out 'A Knight To Remember', YDH Pengarah-Pengarah Jabatan dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.


14 345 Hari Menabur Bakti Dan Jasa Kepada Pasukan Dan Negara
YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail dan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar

Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 2.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM