Polis daerah Kerian berjaya menahan seramai 135 penunggang motosikal terlibat dalam pelbagai kesalahan trafik dalam Op Bersepadu Cegah Samseng Jalanan dl Bukit Merah, malam kelmarin.
Sebanyak 62 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis dalam operasi yang dijalankan pada pukul 4.30 petang hingga 12 tengah malam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 buah motosikal disita dan dibawa ke Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian untuk pemeriksaan Ianjut.
Sumber : Kosmo