Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

130 Konstabel Orang Asli Jalani Latihan Kepolisan Bermula Esok

Diterbitkan: 25 Aug 2016 6.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 130 orang calon Konstabel Orang Asli akan menjalani latihan asas kepolisan selama enam bulan bermula esok di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/130-konstabel-orang-asli-jalani-latihan-kepolisan-bermula-esok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT

 
Putrajaya, 25 Ogos 2016 – Seramai 130 orang calon Konstabel Orang Asli akan menjalani latihan asas kepolisan selama enam bulan bermula esok di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak. 

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah berkata pengambilan kali ini adalah julung kalinya pelatih wanita Orang Asli menyertai pasukan PDRM iaitu seramai 20 orang. 

“Saya berharap agar para pelatih dapat menyahut cabaran untuk menjadi salah seorang warga PDRM yang komited dalam menjalankan tugas membanteras jenayah,” katanya semasa majlis Penyerahan Calon Konstabel Orang Asli antara PDRM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2016 di Dewan Sri Lestari, Putrajaya, petang tadi. 

Penglibatan Orang Asli di dalam PDRM bermula dengan penubuhan pasukan ‘Senoi Praaq’ menentang Parti Komunis Malaya (PKM) pada Mac 1955 oleh 10 pemuda kaum ‘Semai’ dari Kuala Mensoon, Pahang. 

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Mohd Arif Ab Rahman, Senator Dewan Negara mewakili Masyarakt Orang Asli, Tuan Isa Abd Hamid dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Tuan Mohd Jamaluddin Kasbi.

130 Konstabel Orang Asli Jalani Latihan Kepolisan Bermula Esok
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Dato’ Sri Zulkifli Abdullah beramah mesra bersama calon konstabel Orang Asli

130 Konstabel Orang Asli Jalani Latihan Kepolisan Bermula Esok
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah semasa ucapan aluan beliau

130 Konstabel Orang Asli Jalani Latihan Kepolisan Bermula Esok
Sekitar majlis berlangsung

130 Konstabel Orang Asli Jalani Latihan Kepolisan Bermula Esok
Sekitar majlis berlangsung

130 Konstabel Orang Asli Jalani Latihan Kepolisan Bermula Esok
Bergambar kenangan

ArtikelDiterbitkan 25 Aug 2016 6.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM