13 Wanita Ditahan Di Raub Kerana Berjudi Haram
Kuantan,
18 Okt - Seramai 13 wanita yang berusia antara 50 hingga 80 tahun
ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi haram di sebuah rumah di
Bukit Koman, Raub semalam.
Ketua
Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata dalam
serbuan kira-kira 2.30 petang itu, kesemua suspek didapati menjadikan
ruang makan bahagian dapur rumah itu untuk berjudi.
"Pihak polis kemudiannya merampas pelbagai peralatan untuk berjudi seperti kad dan cip," katanya kepada Bernama.
Beliau
berkata kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub
dan jika disabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau
penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sumber : BERNAMA