Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar
BUKIT
AMAN, 14 Sept - Hasil bantuan dan maklumat orang ramai serta usaha
berterusan PDRM telah berjaya menumpaskan kegiatan tektik terbaru oleh
sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan sejumlah 13 tong
plastik berwarna biru seberat 861.5kg dadah Syabu dengan modus
operandinya menggunakan laluan Kargo Udara.
Hasil
daripada siasatan dan risikan serta maklumat pihak PDRM telah
berjaya menahan 4 lelaki warganegara Iran di sebuah Premis Kilang di
Taman Perindustrian Puchong, Selangor pada 11 September yang lalu oleh
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Ujar YDH CP Datuk Noor
Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit
Aman semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara
1, Bukit Aman, pagi ini.
Setelah
membuat peperiksaan dan ujian awal dengan alat pengesan dadah oleh
pihak polis terhadap 13 tong plastik berwarna biru yang disusun di atas
pallet kayu dan plastik mendapati setiap tong terdapat satu bungkusan
plastik berisi pasir dalam keadaan lembab yang disyaki telah diserapkan
dengan cecair positif dadah Syabu. Pihak polis percaya sindiket ini
telah menyerapkan cecair dadah Syabu ke dalam pasir terlebih dahulu
sebelum diseludup masuk ke dalam negara kita melalui udara.
Kesemua tangapan berumur
di antara 31 hingga 36 tahun telah ditahan reman sehingga 18 September
2012 untuk siasatan dibawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang
membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.
YDH Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.
Antara hasil rampasan...
YDH Pengarah JSJN bersama Pegawai Penyiasat menunjukkan hasil rampasan...
Antara wartawan yang hadir...
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas
BUKIT AMAN, 14 Sept - Hasil bantuan dan maklumat orang ramai serta usaha berterusan PDRM telah berjaya menumpaskan kegiatan tektik terbaru oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-tong-plastik-dadah-syabu-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.