Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas

Published: 12 Jun 2014 3.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 14 Sept - Hasil bantuan dan maklumat orang ramai serta usaha berterusan PDRM telah berjaya menumpaskan kegiatan tektik terbaru oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-tong-plastik-dadah-syabu-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar

BUKIT AMAN, 14 Sept - Hasil bantuan dan maklumat orang ramai serta usaha berterusan PDRM telah berjaya menumpaskan kegiatan tektik terbaru oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan sejumlah 13 tong plastik berwarna biru seberat 861.5kg dadah Syabu  dengan modus operandinya menggunakan laluan Kargo Udara.

Hasil daripada siasatan dan risikan serta maklumat pihak PDRM telah berjaya menahan 4 lelaki warganegara Iran di sebuah Premis Kilang di Taman Perindustrian Puchong, Selangor pada 11 September yang lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, pagi ini.

Setelah membuat peperiksaan dan ujian awal dengan alat pengesan dadah oleh pihak polis terhadap 13 tong plastik berwarna biru yang disusun di atas pallet kayu dan plastik mendapati setiap tong terdapat satu bungkusan plastik berisi pasir dalam keadaan lembab yang disyaki telah diserapkan dengan cecair positif dadah Syabu. Pihak polis percaya sindiket ini telah menyerapkan cecair dadah Syabu ke dalam pasir terlebih dahulu sebelum diseludup masuk ke dalam negara kita melalui udara.

Kesemua tangapan berumur di antara 31 hingga 36 tahun telah ditahan reman sehingga 18 September 2012 untuk siasatan dibawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan. 

13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas
YDH Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.

13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas
13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas
Antara hasil rampasan...

13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas
YDH Pengarah JSJN bersama Pegawai Penyiasat menunjukkan hasil rampasan...

13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas
13 Tong Plastik Dadah Syabu Tumpas
Antara wartawan yang hadir...


ArticlePublished 12 Jun 2014 3.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM