Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

13 Pegawai Dan Anggota Pdrm Galas Tanggungjawab Ke Timor Leste

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pemergian anda semua ke Timor Leste adalah sebagai ahli kepada pasukan pengaman yang akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-pegawai-dan-anggota-pdrm-galas-tanggungjawab-ke-timor-leste
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT

Gunakanlah segala pengalaman yang ada sebagai aset untuk berkhidmat dengan dengan lebih cemerlang, demi untuk meningkatkan maruah, martabat dan imej pasukan.." - YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi

Sepang , 13 Oktober - "Saya ingin berpesan dan mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian bahawa pemergian anda semua ke Timor Leste adalah sebagai ahli kepada pasukan pengaman yang akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan sebagai wakil negara, jagalah etika dan disiplin semasa bertugas serta tunjukkanlah mutu disiplin yang tinggi dan bertugaslah secara profesional," ujar YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan dalam ucapannya mewakili Ketua Polis Negara sempena Majlis Pelepasan Pegawai dan Anggota Ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Dalam ucapannya juga, beliau mengingatkan rombongan ini agar sentiasa peka dengan kehendak serta keperluan, mematuhi segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa memandangkan tugas United Nations Police Officer (UNPOL) untuk misi UNMIT ketika ini adalah sebagai 'Penasihat Polis' kepada pasukan polis tempatan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan mengikut piawaian kepolisan antarabangsa.

Mengulas kenyataannya itu, beliau menekankan segala tindak-tanduk yang tidak diingini akan memberi implikasi dan membawa negatif kepada PDRM serta negara dan justeru itu adalah menjadi tanggungjawab ketua kumpulan yang dilantik untuk menyelia dan memantau tingkah laku pegawai dan anggota di bawah jagaannya, termasuklah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati ingkar dan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai melanggar tatatertib.

Majlis pada hari ini turut dihadiri YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personal), YDH ACP Mohd Anuar bin Othman, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH ACP Latt Mazura binti Mansor, Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Korporat JSJK, YDH Supt Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat, YDH Supt Imran bin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM. 


Bergambar Bersama Keluarga
13 Pegawai Dan Anggota Pdrm Galas Tanggungjawab Ke Timor Leste
13 Pegawai Dan Anggota Pdrm Galas Tanggungjawab Ke Timor Leste
13 Pegawai Dan Anggota Pdrm Galas Tanggungjawab Ke Timor Leste

13 Pegawai Dan Anggota Pdrm Galas Tanggungjawab Ke Timor Leste
Lafaz ikrar yang diketuai oleh YDH DSP Loi Poo Lang dari JSJK Bukit Aman.

13 Pegawai Dan Anggota Pdrm Galas Tanggungjawab Ke Timor Leste
Antara VIP yang hadir mengiringi pelepasan pegawai dan anggota ke Misi Pengaman PBB Timor-Leste (UNMIT).

13 Pegawai Dan Anggota Pdrm Galas Tanggungjawab Ke Timor Leste
Ucapan dan pesanan daripada YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan.




Jurufoto   : L/Kpl Fansus, Konst Raymond
Wartawan  : L/Kpl Irfan
Penyunting : F29 Siti Fatimah Binti Abdul Manan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM