Article
13 Ahli Sindiket Termasuk Ahli Kimia Ditahan
Kuala Lumpur, 16 Ogos 2016 – Seramai 13 ahli sindiket dadah termasuk seorang ahli kimia warga tempatan berjaya ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar...
Kuala Lumpur, 16 Ogos 2016 – Seramai 13 ahli sindiket dadah termasuk seorang ahli kimia warga tempatan berjaya ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) pada 13 Ogos lalu.
Ketua Penolong Pengarah JSJN Bukit Aman, SAC Kang Chez Chiang berkata, ekoran daripada tangkapan tersebut, pihak polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses dadah di Ampang, Selangor dan berjaya merampas pelbagai jenis dadah berupa 9.3 kilogram (kg) syabu, 63 liter cecair syabu dan 15 kg ephedrine. Nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM2.4 juta
"Turut berjaya merampas pelbagai bahan kimia dan perkakasan memproses dadah serta sepucuk pistol milik ahli sindiket dadah terbabit, terang beliau dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, pagi tadi.
"Pihak polis juga turut merampas sejumlah wang tunai termasuk mata wang asing, jam tangan, pelbagai barangan kemas dan lapan buah kenderaan bernilai RM553,970 milik anggota sindiket.
“Kesemua tangkapan direman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos 2016 bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.
Dua lagi individu kini dikehendaki pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Penolong Pengarah JSJN Bukit Aman, SAC Kang Chez Chiang menunjukkan bahan kimia yang digunakan untuk membuat dadah.

Antara dadah yang dirampas.

Antara dadah yang dirampas.

Antara dadah yang dirampas.

Senjata api yang dirampas.

Sekitar sidang media.