Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

12 Termasuk Tiga Wanita Warga China Ditahan Positif Dadah

Published: 18 Jun 2014 6.03 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Seremban, 24 Nov - Seramai 12 orang termasuk lima wanita ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam serbuan di beberapa pusat hiburan di Taman AST, di sini, malam tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-termasuk-tiga-wanita-warga-china-ditahan-positif-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:39 MYT

Seremban, 24 Nov - Seramai 12 orang termasuk lima wanita ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam serbuan di beberapa pusat hiburan di Taman AST, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Baharom Othman berkata, kebanyakan ditahan adalah rakyat tempatan berusia antara 20 dan 30 tahun serta tiga warga China.

"Seramai 159 orang termasuk pekerja dan pengunjung di beberapa pusat hiburan serta rumah urut yang terdapat di kawasan itu diperiksa.

"Hasilnya, 12 pengunjung terdiri daripada tujuh lelaki warga tempatan, dua wanita warga tempatan dan tiga wanita warga China yang didapati positif dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, semua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.03 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM