Article
12 Premis Judi Di Johor Bahru Utara Diserbu Dalam Tempoh Dua Minggu
Polis Johor berjaya menyerbu 12 pusat judi online dalam daerah Johor Bahru Utara serta merampas 134 mesin judi dan komputer riba beserta wang tunai berjumlah R...
Polis Johor berjaya menyerbu 12 pusat judi online dalam daerah Johor Bahru Utara serta merampas 134 mesin judi dan komputer riba beserta wang tunai berjumlah RM 4,099.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt. Beh Eng Lai, seramai 40 individu terdiri daripada 37 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 sehingga 50 tahun yang merupakan penganjur dan kaki judi berjaya ditahan.
Kesemua yang ditahan beserta barang kes akan disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sumber: Utusan Malaysia