Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

12 Lelaki Ditahan Ketika Asyik Berjudi Di Sebuah Tokong

Published: 18 Jun 2014 12.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kulaijaya, 11 Sept - Polis menahan 12 lelaki semasa sedang asyik berjudi dalam serbuan di sebuah tokong, di Taman Manis, dekat Kelapa Sawit, di sini, dua hari lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-lelaki-ditahan-ketika-asyik-berjudi-di-sebuah-tokong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:26 MYT

Kulaijaya, 11 Sept - Polis menahan 12 lelaki semasa sedang asyik berjudi dalam serbuan di sebuah tokong, di Taman Manis, dekat Kelapa Sawit, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata mereka ditahan pada pukul 12.50 pagi oleh sepasukan anggota polis yang bertindak atas maklumat berkaitan perjudian berkenaan.

"Polis yang tiba di tempat itu mendapati sekumpulan lelaki berkenaan sedang berdiri mengelilingi meja dengan bermain judi mempertaruhkan wang.

"Mereka kemudian lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum akhirnya berjaya ditahan," katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini, hari ini.

Zulkefly berkata polis turut merampas wang tunai RM17,358 dan 944 Dolar Singapura, dua dadu, beberapa peralatan judi, sebuah meja, lima kerusi dan sehelai kertas mahjong daripada mereka.

Beliau berkata siasatan mendapati mereka dipercayai berjudi di situ sejak Jumaat lalu dalam perjudian jenis tong kow, chee kee pee, poh poh dan pai kaw.

Katanya mereka yang berumur 36 hingga 63 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM