Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

12 Jalan Utama Ditutup Sempena Sidang Kemuncak Asean

Published: 20 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 12 jalan utama menuju Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ditutup secara berperingkat sehingga Ahad ini bagi melancarkan pergerakan wakil negara ASEAN dan negara pemerhati ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-jalan-utama-ditutup-sempena-sidang-kemuncak-asean
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:12 MYT

Sebanyak 12 jalan utama menuju Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ditutup secara berperingkat sehingga Ahad ini bagi melancarkan pergerakan wakil negara ASEAN dan negara pemerhati ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27. 

Jalan akan ditutup selama hampir dua jam bermula pukul 7.15 malam sehingga 8.50 malam sabtu, 20 November 2015. Antara jalan terlibat ialah Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC, Jalan Imbi menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak dan Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak. 

Turut ditutup ialah Jalan Nagasari ke Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang, Jalan Ampang ke Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang ke Jalan Binjai, Jalan Sultan Ismail ke Jalan P. Ramlee dan Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan.

Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Kia Peng atau Jalan Stonor, Jalan Tun Razak, Lorong Lumba Kuda, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Hang Tuah, Jalan Raja Chulan atau Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu. 

Sumber: Utusan Malaysia.
12 Jalan Utama Ditutup Sempena Sidang Kemuncak Asean

ArticlePublished 20 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM