Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

12 Agensi Hadir Taklimat Khas Ancaman Militan Is

Published: 03 Feb 2016 9.10 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Menurut Dato’ Ayob Khan, fahaman syiah dan ideologi Salafi Jihadi yang melampau telah membawa ancaman terhadap orang ramai dan keselamatan negara. “Ancaman ekstremis agama berunsurkan ajaran sesat telah mencetuskan kebencian, perpecahan serta keganasan dalam masyarakat dunia’, tambah beliau lagi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-agensi-hadir-taklimat-khas-ancaman-militan-is
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Arisanti bt Aziz

Kuala Lumpur, 3 Jan –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan satu taklimat khas berkaitan 
Ancaman Militan Islamic State (IS) di Maktab PDRM dalam usaha menangani penularan ideologi kumpulan itu di negara ini, di sini, hari ini.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay yang dihadiri oleh 12 agensi yang terdiri dari badan kerajaan dan swasta.

Menurut Dato’ Ayob Khan, fahaman syiah dan ideologi Salafi Jihadi yang melampau telah membawa ancaman terhadap orang ramai dan keselamatan negara.

“Ancaman ekstremis agama berunsurkan ajaran sesat telah mencetuskan kebencian, perpecahan serta keganasan dalam masyarakat dunia’, tambah beliau lagi.

Antara wakil agensi-agensi yang hadir dalam taklimat itu ialah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Malaysia Airlines System Berhad (MAS), AirAsia Berhad, Malindo Air, Firefly dan Rayani Air.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), Senior Assistan Komisioner Haliludin Rahim, Komandan Maktab PDRM Cheras, Dato’ Dr. Yew Chong Hoi dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis.

_MG_1666
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay 

ArticlePublished 03 Feb 2016 9.10 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM