Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

115 Mengaji Serentak Satu Jam Di Masjid Bukit Aman

Published: 14 Sep 2016 7.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur - Seramai 115 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PdRM) Bukit Aman, serta masyarakat setempat menyertai bacaan al-Quran secara serentak selama satu jam menerusi program World #QuranHour bermula jam 9 pagi, Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/115-mengaji-serentak-satu-jam-di-masjid-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:39 MYT
Kuala Lumpur - Seramai 115 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PdRM) Bukit Aman, serta masyarakat setempat menyertai bacaan al-Quran secara serentak selama satu jam menerusi program World #QuranHour bermula jam 9 pagi, Ahad lalu.

Bacaan dipimpin Timbalan Pengerusi merangkap Imam 1 Masjid Bukit Aman, Superintendan Ghazali Daud.

Seterusnya, terjemahan ayat dibaca Imam Ratib Masjid Bukit Aman, Fakhrurrazi Shohibul Ghani. 

Ghazali yang juga Pegawai Tunas Pengimarahan Masjid/Surau/Kafa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman berkata, Masjid Bukit Aman menjadi lokasi induk di ibu negara, selain surau pejabat polis daerah. 

"Penganjuran ini amat baik dan wajardipertingkatkan kerana objektifnya mampu melatih warga PDRM menghayati isi kandungan al-Quran itu sendiri. Secara tidak langsung dapat melahirkan PDRM yang berintegriti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
115 Mengaji Serentak Satu Jam Di Masjid Bukit Aman

ArticlePublished 14 Sep 2016 7.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM