Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

111023 Keratan Akhbar Pilihan Gaji Anggota Polis Baharu Dikategori Kumpulan Miskin Pengarah Jsj

Published: 11 Oct 2023 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai kumpulan miskin apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/111023-keratan-akhbar-pilihan-gaji-anggota-polis-baharu-dikategori-kumpulan-miskin-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai kumpulan miskin apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.

Paling menyedihkan apabila anggota dalam kategori terbabit ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang menjadikan mereka sebagai miskin bandar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, anggota terbabit menandatangani jawatan rekrut Konstabel dengan tangga gaji RM1,441 dan selepas tamat latihan diberikan gaji dan elaun berjumlah RM1,800.

“Mereka ini akan membawa balik gaji bersih berjumlah RM1,500. Bolehkah anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu?

“Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak istimewa (OKU), biaya hospital sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu.

“Jadi, ketua atau penyelia, sila ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib sebegini dalam apa juga keadaan, sekiranya boleh bantu, maka bantulah mereka,” katanya pada Majlis Amanat Pengarah JSJ di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
May be an image of 3 people and text that says 'Anggota @ menerima RM1,441 Fo) Gaji anggota polis baharu dikategori kumpulan miskin Kuala Lumpur: Setiap an
ArticlePublished 11 Oct 2023 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM