Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

11 Wanita Filipina Dipercayai Dijadikan Mangsa Eksploitasi Seks Diselamatkan

Diterbitkan: 07 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kejayaan dalam membanteras 'bentuk penghambaan moden' itu adalah hasil kerjasama PDRM bersama Polis Filipina yang membawa pihak berkuasa menyerbu sebuah apartment di Penampang dan sebuah hotel di Bundusan pada 12 tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/11-wanita-filipina-dipercayai-dijadikan-mangsa-eksploitasi-seks-diselamatkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:12 MYT

Kuala Lumpur, 7 Okt - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 11 wanita warga Filipina daripada terus dieksploitasi untuk seks dalam dua serbuan di Sabah.

Kejayaan dalam membanteras 'bentuk penghambaan moden' itu adalah hasil kerjasama PDRM bersama Polis Filipina yang membawa pihak berkuasa menyerbu sebuah apartment di Penampang dan sebuah hotel di Bundusan pada 12 tengah malam tadi.

Penolong Pengarah D7C Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeledupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Maszely Minhad berkata, 11 wanita itu berumur antara 22 dan 36 tahun.

Wanita-wanita itu kini dihantar ke Rumah Perlindungan Khas Wanita di Likas, Sabah untuk perlindungan selepas mahkamah mengeluarkan perintah perlindungan sementara (IPO) selama 14 hari kepada mereka, katanya di sini hari ini.

Hasil serbuan itu, polis juga menahan tujuh suspek warga tempatan, berumur 20 sehingga 39 tahun, katanya.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," kata Maszely.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 07 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM