Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

11 Kenderaan Hilang Ditemui Semula

Published: 26 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat buah kereta yang dilaporkan hilang di Lembah Klang dan tujuh buah motosikal yang dicuri sekitar Jerteh tahun ini ditemui semula bulan ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/11-kenderaan-hilang-ditemui-semula
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:08 MYT

 

 

Besut, 26 Okt- Empat buah kereta yang dilaporkan hilang di Lembah Klang dan tujuh buah motosikal yang dicuri sekitar Jerteh tahun ini ditemui semula bulan ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata kesemua kereta berkenaan ditemui ekoran tangkapan seorang suspek yang merupakan penagih dadah berusia 30 tahun pada 19 Okt lepas.

"Dua buah Perodua Kelisa, sebuah Perodua Viva dan sebuah Proton Wira itu ditemui di sebuah kawasan semak belakang Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut sehari selepas penangkapan suspek," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan penahanan enam penagih berumur antara 18 hingga 30 tahun di sebuah kampung dekat Jerteh telah membawa kepada penemuan kesemua motosikal berkenaan yang dilaporkan hilang awal bulan lalu.

"Empat darinya hanya tinggal rangka yang dijumpai dalam sebuah tali air dekat Kampung Air Terjun oleh pasukan penyelam polis manakala tiga lagi dirampas daripada individu yang membelinya," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 26 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM