Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

107 Pesara Polis Terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

Published: 20 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sejumlah 107 pesara polis hari ini menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) atas bakti mereka kepada negara semasa era darurat dan insurgensi komunis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/107-pesara-polis-terima-pingat-jasa-pahlawan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:53 MYT

Kuala Lumpur, 20 Ogos - Sejumlah 107 pesara polis hari ini menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) atas bakti mereka kepada negara semasa era darurat dan insurgensi komunis.

Disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, kumpulan penerima pingat itu didahului SAC 1 (B) Datuk Wong Pui Lam.

Seorang daripada penerimanya, Ali Salleh, 86, berkata banyak pengalaman pahit dan manis dialaminya sepanjang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini ialah apabila berjaya menewaskan sekumpulan 25 pengganas komunis dalam satu operasi di Rawang pada 1951," katanya kepada Bernama pada majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Ali, yang berkhidmat selama 32 tahun dalam pasukan polis, berkata beliau hanya bersama enam rakan sepasukan dalam pertempuran selama sejam setengah itu.

Ali bagaimanapun sedih kerana kehilangan beberapa rakan karib seperjuangan dalam beberapa dalam beberapa operasi lain menentang pengganas.

"Memang sedih apabila melihat rakan karib rebah di hadapan mata," katanya sambil menegaskan beliau dan rakan-rakan lain memperkuatkan semangat untuk terus berbakti kepada negara.

Era darurat diisytiharkan dari 1948 hingga 1960 manakala zaman insurgensi komunis pula dari 1968 hingga 1989.

BERNAMA

ArticlePublished 20 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM