Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

10 Suspek Pecah Rumah Ditahan Lebih 20 Kes Selesai

Published: 19 Jun 2014 3.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabau, 21 Mac - Polis percaya dapat meneyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes pecah rumah di kawasan Menggatal, Kolombong dan Luyang dekat sini dengan tertangkapnya 10 lelaki termasuk tiga warga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-suspek-pecah-rumah-ditahan-lebih-20-kes-selesai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:36 MYT

Kota Kinabau, 21 Mac - Polis percaya dapat meneyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes pecah rumah di kawasan Menggatal, Kolombong dan Luyang dekat sini dengan tertangkapnya 10 lelaki termasuk tiga warga asing dalam Ops Pintu, minggu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Jauteh Dikun berkata suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini dalam operasi empat hari itu yang berakhir semalam.

Tiga suspek warga asing itu disyaki terbabit dalam 10 kes pecah rumah di Kampung Lokub, Menggatal, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Susulan penangkapan itu, katanya, polis menemui hasil rompakan seperti jam tangan, rantai leher, telefon bimbit dan mata wang asing dengan nilai keseluruhan RM150,000.

Selain itu, Jauteh berkata turut merampas sebuah kereta curi, beberapa bilah pedang samurai dan topeng.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM