Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

10 Pendatang Asing Di Kota Tinggi Ditahan 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 5 Feb - Polis Marin Wilayah Dua menahan 10 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di Kota Tinggi dekat sini semalam ketika cuba keluar dari negara ini secara haram...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-pendatang-asing-di-kota-tinggi-ditahan-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:21 MYT

Johor Bahru, 5 Feb - Polis Marin Wilayah Dua menahan 10 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di Kota Tinggi dekat sini semalam ketika cuba keluar dari negara ini secara haram.

Komandernya ACP Zainul Abidin Hassan berkata tujuh lelaki dan tiga wanita itu yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun ditahan kira-kira 8 malam ketika cuba keluar melalui 'laluan tikus' di pantai berhampiran Kompleks Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Siasatan mendapati kesemua PATI itu hendak pulang ke Indonesia menggunakan bot pancung secara tidak sah.

Mereka melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 dan ditahan di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk tindakan lanjut, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara kesalahan mereka ialah masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan, tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa atau pasport tamat tempoh.

Zainul Abidin berkata bagi tempoh Januari lepas hingga semalam, sebanyak 158 warga asing ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang & Anti Penyeludupan Migran (ATIP) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.

Selain itu, dua lelaki yang menjadi tekong turut ditahan. Beliau juga meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang khususnya di kawasan persisiran pantai dengan menghubungi Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 07–237 2222 atau 07–237 6122.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM