Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

10 Orang Selamat Selepas Bot Karam Di Perairan Tawau

Published: 28 Sep 2016 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tawau, 28 sept 2016 - Seramai 10 penumpang bot berjaya diselamatkan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka karam di perairan daerah ini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-orang-selamat-selepas-bot-karam-di-perairan-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:57 MYT

Tawau, 28 sept 2016 - Seramai 10 penumpang bot berjaya diselamatkan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka karam di perairan daerah ini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustafa Maaruf Mustafa berkata kesemua mangsa yang terdiri enam wanita dan empat lelaki itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di sekitar lokasi kejadian.

"Semasa kejadian itu kami menerima laporan mengenai satu bot jongkong yang dalam perjalanan dari Sungai Melayu menuju ke pelabuhan Tawau, karam.

"Namun pada 7.45 pagi tadi kami telah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa bot karam itu berjaya diselamatkan dan telah di bawa ke Kampung Sungai Melayu," katanya dalam kenyataan.- BERNAMA

ArticlePublished 28 Sep 2016 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM