Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

1 500 Anggota Polis Kawal Sambutan Thaipusam Di George Town

Diterbitkan: 03 Feb 2015 7.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 3 Feb - Seramai 1,500 anggota polis ditugaskan bagi mengawal kelancaran sambutan Thaipusam di sekitar Jalan Kebun Bunga dan Jalan Air Terjun di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1-500-anggota-polis-kawal-sambutan-thaipusam-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT
George Town, 3 Feb - Seramai 1,500 anggota polis ditugaskan bagi mengawal kelancaran sambutan Thaipusam di sekitar Jalan Kebun Bunga dan Jalan Air Terjun di sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata kehadiran anggota polis adalah bagi mengawal keadaan trafik dan keselamatan orang ramai.

Beliau berkata mereka bertugas 24 jam sempena perayaan tiga hari itu bermula semalam.

"Setakat ini keadaan trafik agak perlahan, tetapi masih dalam kawalan," katanya.

Sejak awal pagi, ribuan pengunjung termasuk pelancong asing membanjiri kawasan tersebut bagi menyaksikan perarakan 'kavadi'.

DCP Dato' Thaiveegan berkata pihak polis menjangka lebih sejuta penganut agama Hindu dan pelancong akan membanjiri sekitar kawasan sambutan antaranya Jalan Kebun Bunga, Jalan Air Terjun, Taman Botani dan Jalan Gottlieb.

Sementara itu beliau berkata polis masih menyiasat 33 lelaki yang disyaki merancang untuk menimbulkan kekecohan ketika perayaan Thaipusam.

"Sekiranya mereka tiada kaitan sebarang jenayah, mereka akan dibebaskan," katanya.
Beliau berkata kumpulan itu baru dibentuk dan polis sedang menyiasat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap lain.

Individu berkenaan yang berumur antara 17 dengan 28 tahun ditahan Selasa lepas di pusat-pusat hiburan sekitar sini kerana disyaki merancang untuk menimbulkan kekecohan semasa Thaipusam.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 03 Feb 2015 7.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM