Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ydp Agong Solat Jumaat Di Masjid As Solehin Bersama Warga Pdrm

Diterbitkan: 13 Sep 2019 8.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.17 PM
Keberangkatan tiba Seri Paduka telah disambut sendiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ydp-agong-solat-jumaat-di-masjid-as-solehin-bersama-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

Kuala Lumpur, 13 September 2019 - Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas keberangkatan mencemar duli menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Solehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka telah disambut sendiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Seri Paduka kemudian mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh ASP Kesejahteraan Organisasi (I), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), ASP Muhammad Ridhuwan Zaini Al-Hafiz bertajuk ‘Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan’ sebelum bersama-sama dengan warga PDRM menunaikan solat fardhu Jumaat. 

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka sempat meluangkan masa bersalam-salaman dengan para jemaah yang hadir.

_MG_0858
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di PULAPOL KL pada hari ini.

_MG_0850

_MG_0862
Sekitar sesi khutbah dan solat Jumaat bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  pada hari ini.

_MG_0883
khutbah Jumaat yang disampaikan oleh ASP Kesejahteraan Organisasi (I), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), ASP Muhammad Ridhuwan Zaini Al-Hafiz bertajuk ‘Suburkan Kasih Sayang, Hindari Permusuhan’.

_MG_0867
Sekitar sesi khutbah dan solat Jumaat bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  pada hari ini.

_MG_0929
Keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah setelah selesai menunaikan solat Jumaat di PULAPOL KL pada hari ini.

_MG_0941

ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2019 8.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.17 PM