Artikel
Ydp Agong Berkenan Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm
Kuala Lumpur, 14 Mei 2019 – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Iftar Bersama W...
Kuala Lumpur, 14 Mei 2019 – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Iftar Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, dekat sini.
Keberangkatan tiba baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sejurus azan Maghrib berkumandang, baginda bersama 2,000 para hadirin menikmati hidangan juadah berbuka puasa yang disajikan, dalam suasana penuh harmoni.
Baginda dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan menunaikan solat Maghrib bersama para jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran dua bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Tan Sri Musa Hassan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis, Ketua-ketua Polis Negeri, para pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.
Sesi bergambar kenangan bersama Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sekitar ketibaan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya.
Sekitar ketibaan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Sekitar ketibaan Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar.
Sekitar ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Sekitar ketibaan Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim.
Sekitar ketibaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Sesi bergambar kenangan.
Sekitar keberangkatan tiba Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sekitar majlis iftar pada hari ini.
Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kenangan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Norazrin Marzuki menyampaikan cenderahati kenangan kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.