Wpfg 2019 Pengarah Pengurusan Pdrm Terima Kunjungan Hormat Daripada Jawatankuasa Penganjur Negara China
Kuala Lumpur, 19 Mac 2019 – Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Director of General Office of the Preparatory Committee of Chengdu 2019 World Police and Fire Games (WPFG), Commisioner of Police, Honourable Mr. Liu Ji bertempat di pejabatnya di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Kunjungan Mr. Liu Ji bersama delegasi tersebut bertujuan untuk mempromosikan World Police and Fire Games 2019 yang akan diadakan pada 8 sehingga 18 Ogos 2019 depan di Chengdu, China.
Turut berlangsung adalah mesyuarat khas bagi membincang dan membentangkan isu berkaitan WPFG 2019 di Bilik Mesyuarat Persada, Tingkat 30 di menara yang sama.
Turut hadir, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) (Perancangan Strategik), DCP Dato' Muhammad Azlee Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, SAC Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Perhubungan Antarabangsa PDRM, SAC Datuk Goh Boon Keng dan Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.
Sekitar sesi kunjungan ke atas Pengarah Pengurusan yang juga merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar oleh Jawatankuasa Penganjur WPFG 2019.
Sekitar sesi kunjungan ke atas Pengarah Pengurusan yang juga merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar oleh Jawatankuasa Penganjur WPFG 2019.
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Director of General Office of the Preparatory Committee of Chengdu 2019 World Police and Fire Games (WPFG), Commisioner of Police, Honourable Mr. Liu Ji dengan disaksuikan oleh Dato' Abd Rahim Jaafar dan Dato' Muhammad Azlee Abdullah.
Sesi penyampaian cenderahati daripada Dato' Abd Rahim Jaafar kepada Mr. Liu Ji.
Sesi penyampaian cenderahati daripada Dato' Abd Rahim Jaafar kepada Mr. Yang Fei, Pengurus Sukan bagi Jawatankuasa Delegasi WPFG Chengdu 2019.
Sesi penyampaian cenderahati daripada Dato' Abd Rahim Jaafar kepada Mr. Yang Fei, Pengurus Sukan bagi Jawatankuasa Delegasi WPFG Chengdu 2019.
Sesi penyampaian cenderahati daripada Dato' Abd Rahim Jaafar kepada Miss Huang Cencen, yang turut mewakili Delegasi WPFG Chengdu 2019 pada hari ini.
Sesi penyampaian cenderahati balas daripada Delegasi WPFG Chengdu 2019 kepada Dato' Abd Rahim Jaafar.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar.
Sekitar mesyuarat berkenaan WPFG 2019 yang berlangsung di Dewan Persada, Tingkat 30, Menara 2, ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini.