Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waspada Penjenayah Pecah Cermin Kereta Samun Beg Tangan

Diterbitkan: 09 Nov 2018 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
WASPADA PENJENAYAH PECAH CERMIN KERETA, SAMUN BEG TANGAN Orang ramai terutamanya wanita dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling ketika memandu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waspada-penjenayah-pecah-cermin-kereta-samun-beg-tangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:48 MYT
Waspada Penjenayah Pecah Cermin Kereta Samun Beg Tangan
#JomBeringat

WASPADA PENJENAYAH PECAH CERMIN KERETA, SAMUN BEG TANGAN

Orang ramai terutamanya wanita dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling ketika memandu.

Jenayah pecah cermin kereta dan samun beg tangan sejak kebelakangan ini semakin meningkat.

Kejadian ini biasanya dilakukan ketika waktu hujan, lalu lintas sesak dan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.

Modus operandi mereka adalah bergerak berdua menggunakan motosikal dengan memantau kereta yang dipandu wanita dan menggunakan palam pencucuh untuk memecahkan cermin kereta mangsa.

TIPS KESELAMATAN :

1. Elakkan memandu berseorangan di waktu malam

2. Pastikan beg tangan/ barangan berharga tidak diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang / tempat duduk belakang kerana ia menarik peluang kejadian jenayah berlaku.

Orang ramai terutama wanita dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu dan berwaspada jika ada penunggang motosikal yang mencurigakan berada berhampiran kenderaan anda.

CEGAH JENAYAH ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2018 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM